Kau boleh memenjarakanku dalam kamar paling sunyi tapi dalam kesunyian yang ghairah menghilangkan degup meragut ngeri segala tekad janji murni aku tetap setia berdiri berbicara kerana Dia sentiasa berada di sisi maha berkata-kata menjernihkan sukma meriuhkan bisikan mulus-Nya yang aku rindukan amat sinar cahaya tertumpah sarat ke pucuk akal terhambat menjalurkan idea menggelinjangkan alur pemikiran akan jiwa sesiapa saja di...





