DEMI untuk memastikan masyarakat Islam di sini celik Al-Quran, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) terus membimbing pelajar serta asatizah setempat untuk mendalami ilmu agama dan pembelajaran Al-Quran mereka.
Sejak ditubuhkan pada 2006, hampir 500 pelajar telah mengikuti program mereka, dan kebanyakannya diadakan secara sambilan; samaada dalam kelas atau sesi diadakan dalam talian dengan kerjasama tujuh masjid dan dua persatuan Melayu/Islam setempat.






