Satu rangkaian sukarelawan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan pencegahan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam telah diumumkan.
Dikenali sebagai program Duta Kesihatan Masyarakat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra), rangkaian itu antara lain akan menyampaikan maklumat utama mengenai SG Lebih Sihat, membimbing penduduk melalui proses pendaftaran serta menjawab soalan lazim, sekali gus mendekatkan inisiatif kesihatan nasional...





