TUAN BADRUL tersentak dan melihat sekeliling. Cahaya suria memenuhi seluruh kamar. Diraba lengan dan kaki. Dilihat telapak tangan. Diusap muka berulang kali. Ditarik nafas panjang-panjang dan dihembus perlahan-lahan. Tuan Badrul bergegas ke kamar tingkap. Dia menguak daun tingkap seluas-luas. Angin pagi menerpa segar. Tuan Badrul termangu. "Aku bermimpi."
Sudah menjadi kelaziman setiap pagi, Tuan Badrul akan duduk atas bonet kereta...






