Masjid di Singapura akan menggantung program dan kegiatan yang diadakan di luar sekiranya Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam akibat jerebu berada di paras ‘sangat tidak sihat’ (201-300).
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan pada 12 Oktober berkata masjid di sini akan kekal terbuka untuk solat fardu dan solat Jumaat berjemaah, dengan beberapa langkah berjaga-jaga diambil.





