MELBOURNE: Australia semalam mengisytiharkan Novak Djokovic adalah ancaman kepada umum selepas pihak berkuasa negara itu menarik kembali visa milik bintang tenis tidak divaksin itu buat kali kedua.
Menteri Imigresen, Encik Alex Hawke mendakwa jika Djokovic terus berada di negara berkenaan, ia boleh "menambah sentimen anti-vaksin" selain mencetuskan "rasa tidak tenteram dalam kalangan umum.





