MELBOURNE: Mahkamah Australia mengekalkan keputusan kerajaan untuk membatalkan visa Novak Djokovic semalam, mengakhiri pertarungan sensasi selama 11 hari melibatkan status vaksinasi Covid-19nya dan mematahkan impiannya mencatatkan Grand Slam Ke-21.
Ketua hakim Mahkamah Persekutuan Australia, James Allsop, mengetepikan percubaan bintang tenis yang belum divaksinasi itu untuk mengembalikan visanya yang telah dibatalkan.





