BEKERJA DARI RUMAH: Encik Muhd Wafir, 26 tahun, telah bekerja sebagai pakar perkhidmatan pelanggan di Hubspot sejak Jun tahun lalu. Gambar menunjukkan beliau bersama ibunya, Cik Arniati Asmani, semasa majlis konvokesyen beliau minggu lalu. - Foto ihsan ARNIATI ASMANI
SingapuraJan 17, 2022 | 5:30 AM

Berjaya genggam ijazah meski dari aliran Normal Akademik

FOKUS dan raikan setiap kejayaan tanpa mengira kecil atau besar.

Itulah prinsip yang dipegang Encik Muhammad Wafir Hakim Wahid, 26 tahun, setiap kali beliau menghadapi cabaran.

Encik Muhammad Wafir, anak bongsu daripada tiga adik-beradik, pernah berasa amat kecewa apabila keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) beliau amat berbeza daripada abang dan kakaknya.

Keputusan peperiksaan itu melayakkannya ke aliran Normal (Akademik)....

Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong (kiri) bertemu Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, di Canberra pada 24 November.
SingapuraNov 24, 2026 | 3:46 PM

S’pura, Australia perkukuh kerjasama strategik, tandatangan perjanjian karbon

CANBERRA: Singapura dan Australia menandatangani dua perjanjian pada 24 November untuk memperkukuh kerjasama dalam bekalan barangan penting serta membolehkan pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) merentasi sempadan.

Kerjasama itu bertujuan meningkatkan ketahanan ekonomi kedua-dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Perjanjian pertama memperluaskan kerjasama rantaian bekalan sedia ada yang sebelum ini melibatkan minyak petroleum dan gas asli cecair (LNG).

Kini, kerjasama itu...

ekonomi, StarHub, gabung, M1, kira-kira $1.1 bilion, ambil alih perniagaan mudah alih Circles.Life di Singapura
SingapuraNov 24, 2026 | 3:33 PM

StarHub, M1 gabung dalam urus niaga $1.1b, ambil alih Circles.Life

Syarikat telekomunikasi StarHub pada 24 November, bersetuju bergabung dengan M1 milik Keppel menerusi urus niaga saham sepenuhnya yang bernilai kira-kira $1.1 bilion.

StarHub juga akan mengambil alih perniagaan mudah alih Circles.Life di Singapura.

Urus niaga itu akan meletakkan nilai perusahaan M1 pada sekitar $1.06 bilion, menurut StarHub.

StarHub dan M1 sebelum ini dilaporkan pernah meneroka kemungkinan penggabungan pada 2024, tetapi...

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, engakui peniaga runcit menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja tempatan, namun mahu peluang pekerjaan dalam bidang itu terus dibuka kepada warga Malaysia.
MalaysiaNov 24, 2026 | 3:31 PM

Johor timbang sekatan lesen bagi premis yang mengulangi kesalahan

ISKANDAR PUTERI (Johor): Johor sedang meneliti cadangan menyekat pengeluaran lesen perniagaan bagi sesebuah premis selama sekurang-kurangnya tiga bulan sekiranya berlaku kesalahan berulang yang melibatkan warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam bengkel melibatkan kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Disember.

“Lesen yang diberikan kepada rakyat tempatan...

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, berkata Johor perlu meneliti pendekatan Sarawak dalam memperluas DLP, dengan usaha memperkukuh bahasa Inggeris dilaksanakan seiring dengan bahasa Melayu.
MalaysiaNov 24, 2026 | 3:20 PM

JS-SEZ: Maszlee gesa perluas program dwibahasa demi peluang kerja

ISKANDAR PUTERI (Johor): Johor digesa menyediakan pelan jangka panjang untuk memperluas Program Dwibahasa (DLP) bagi memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan menyediakan anak negeri itu merebut peluang pekerjaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, berkata usaha tersebut memerlukan penilaian kebolehlaksanaan dan persediaan menyeluruh, dengan mengambil kira kesediaan guru...

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), bersama rakan sejawatnya dari Australia, Encik Anthony Albanese, dalam satu sidang media bersama di Bangunan Parlimen Australia, pada 24 November.
SingapuraNov 24, 2026 | 3:17 PM

PM Wong: S’pura sedang kerjasama dengan AS dalam penguatkuasaan eksport cip

CANBERRA: Singapura sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mewujudkan satu mekanisme bagi memudahkan penguatkuasaan kawalan eksport cip negara itu, sementara negara ini meneruskan siasatan terhadap syarikat berpangkalan di Singapura, Megaspeed International, atas kemungkinan pelanggaran undang-undang tempatan.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata demikian pada 24 November, beberapa jam selepas Amerika bertindak menyenaraihitamkan Megaspeed dan enam syarikat berkaitan di Singapura, Malaysia...

Peraduan memasak beri ruang banduan asah bakat, bina keyakinan diri
Play Video

Masjid Tampines North tampil ciri mesra keluarga; mampu tampung 4,000 jemaah
Play Video

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video

Di sebalik tabir kerjasama BH-Singa Legends
Play Video

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video