JUMLAH pendengar digital SPH Radio tumbuh 12.2 peratus tahun lalu, dengan tinjauan industri menunjukkan terdapat pendekatan pendengar yang tinggi merentas pelbagai demografi.
Data Triton Digital menunjukkan jumlah pendengar digital berkembang melalui laman stesen radio dan aplikasi Awedio, kata syarikat induk SPH Radio, SPH Media Trust, semalam.





