KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial di Malaysia diingatkan agar tidak mengeksploitasi isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R), khususnya ritual keagamaan sebagai bahan kandungan demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Malaysia, Encik R Yuneswaran, berkata pempengaruh yang mempunyai ramai pengikut perlu lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan serta menyebarkan nilai positif kepada masyarakat, bukannya memainkan...





