JOHOR BAHRU: Monsun Timur Laut dijangka bermula pada penghujung Oktober 2026 hingga pertengahan Mac 2027, dengan hujan lebat ekstrem masih boleh berlaku pada awal musim meskipun fenomena El Nino sedang berkembang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan dua hingga tiga kejadian hujan lebat ekstrem melebihi 150 milimeter sehari di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta satu hingga dua kejadian di selatan...





