PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) pada Isnin (24 Januari) memberi amaran mengenai skim penipuan melibatkan laman web palsu yang mengundang pengguna agar memberikan data peribadi untuk mendapatkan bayaran balik cukai.
Laman web palsu di iras.gov-sg.web.do itu menggunakan logo Iras dan mendakwa ia adalah "borang pembayaran balik cukai".





