PRESIDEN Halimah Yacob gembira warga Singapura memahami cabaran varian Omicron Covid-19 di tengah sambutan Tahun Baru Cina (CNY), dan terus menyokong satu sama lain.
Dalam satu mesej video CNY beliau yang disiarkan di Facebook semalam, Puan Halimah berkata kemunculan varian Omicron menjejas rancangan membuka semula banyak negara, termasuk Singapura.





