Organisasi kini boleh memanfaatkan geran baharu bagi menguji kaedah baharu dalam melindungi sistem masing-masing daripada ancaman komputer kuantum akan datang, yang berupaya memecahkan sistem penyulitan (encryption) bagi menggodam maklumat sensitif dan urus niaga digital hari ini.
Geran Permulaan Selamat-Kuantum atau Quantum-Safe Kickstarter Grant, yang dilancarkan Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura, terbuka kepada semua organisasi dengan keutamaan diberikan kepada pemilik Prasarana...





