WASHINGTON: Iran sedang menggunakan taktik baharu untuk menyasarkan kapal yang belayar merentasi Selat Hormuz dalam usahanya mengekalkan harga minyak pada paras tinggi serta mempengaruhi pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat, ujar dua pegawai kanan Iran kepada Reuters.
Teheran telah berusaha mengukuhkan penguasaannya ke atas Selat Hormuz sejak Amerika dan Israel melancarkan serangan terhadap negara itu pada 28 Februari.





