SETELAH kejayaan di Kashmir, India, pada Kejohanan Pencak Silat Asia 2022 Oktober lalu, satria Singapura masuk gelanggang Pulau Pinang semalam pula untuk menakluki arena antarabangsa.
Pasukan Singapura, yang diwakili 21 pesilat - dibahagikan kepada dua kumpulan, Singapura A dan Singapura B - berada di sebarang Tambak sejak Selasa lalu untuk bersaing dalam Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Terbuka Pulau Pinang.





