Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

21 pesilat S'pura masuk gelanggang antarabangsa Terbuka Pulau Pinang

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



SETELAH kejayaan di Kashmir, India, pada Kejohanan Pencak Silat Asia 2022 Oktober lalu, satria Singapura masuk gelanggang Pulau Pinang semalam pula untuk menakluki arena antarabangsa.



Pasukan Singapura, yang diwakili 21 pesilat - dibahagikan kepada dua kumpulan, Singapura A dan Singapura B - berada di sebarang Tambak sejak Selasa lalu untuk bersaing dalam Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Terbuka Pulau Pinang.



Pemenang pingat perak Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018, Abdul Raaziq Abdul Rashid, memimpin skuad negara itu.



Ia turut dibintangi juara dunia 2018 dan pemenang pingat emas Sukan SEA tahun ini, Nurul Suhaila Mohd Saiful; juara dunia 2022, Aniq Asri Mohammad Yazid; dan juara Asia 2022, Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin dan Nur Tuffah Izzah Md Roslan.



Awal pagi semalam, dua pendekar Singapura berjaya mara ke pusingan selanjutnya.



Muhammad Iqbal Ibrahim mengalahkan harapan tuan rumah Pulau Pinang Muhammad Aliff Haikal 5-0 dalam suku akhir Tanding Putera B.



Ahmad Hanin Abdul Rahim juga menang 5-0 ke atas Muhammad Adam dari pasukan Kedah Fighter pada saringan Tanding Putera D.



Bagaimanapun dalam acara sama, pesilat Singapura Muhammad Alif Mohamed Anuar tumpas menerusi penyingkiran ketika berdepan Muhammad Allif Hakimi dari Kuala Lumpur.



Saingan kejuaraan di Pulau Pinang itu akan sampai ke kemuncaknya Ahad ini.



Di Kashmir, Singapura membolot sembilan emas, empat perak dan enam gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >