PASUKAN Polis Singapura (SPF) akan memperluas Program Kesedaran Kecurian Kedai untuk Peruncit (Star) dengan melancarkannya di semua Pusat Polis Kejiranan (NPC) serata negara sedang kes kecurian kedai tahun ini dilaporkan lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Di bawah program itu, polis bekerjasama rapat dengan peruncit dengan menganalisis faktor risiko dan kelemahan kedai terhadap kecurian menggunakan pendekatan dipacu data.






