KUALA TERENGGANU: Isu Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang baru diluluskan telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan aktivis hak kebebasan manusia.
Pindaan enakmen tersebut memasukkan empat seksyen baru, termasuk Seksyen 29A iaitu wanita hamil atau melahirkan anak luar nikah dan hukuman yang boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan ialah didenda tidak melebihi RM5,000 ($1,530) atau dipenjara tiga tahun atau...






