KUALA LUMPUR: Selepas beberapa bulan polemik berlarutan, Raja-Raja Melayu menyeru pihak luar supaya tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Sebaliknya Raja-Raja Melayu mahu usaha penyelesaian diserahkan kepada pihak berkepentingan dan berautoriti melalui saluran yang sah, tertib serta berwibawa.





