HULU SELANGOR: Pengusaha tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali di Gohtong Jaya beroperasi secara terlarang tanpa lesen sah sebagai tapak kegiatan perkhemahan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming, berkata syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan mendakwa mereka tidak mengemukakan permohonan untuk mewujudkan tapak perkhemahan.






