Dalam satu nasihat jerebu pada 2.30 petang, ActiveSG Circle mengumumkan penutupan semua kemudahan luar dan tidak berhawa dingin di pusat sukan di kawasan timur dan tengah, berikutan tahap pencemaran udara tidak sihat.
SingapuraOct 15, 2026 | 5:21 PM

ActiveSG tutup kemudahan luar di timur, tengah S’pura susulan jerebu semakin teruk

Kemudahan luar dan tidak berhawa dingin di pusat sukan dan riadah ActiveSG di kawasan timur dan tengah Singapura telah ditutup buat sementara waktu pada 15 Oktober berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Setakat 5 petang, Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di serata negara berada pada tahap tidak sihat – barat (188), tengah (186), timur (161), selatan (156) dan utara...

Aktiviti pembelian rumah privet kembali meningkat menyusuli kelembapan aktiviti pasaran semasa bulan ketujuh kalendar lunar, bertepatan dengan perayaan Hungry Ghost.
EkonomiOct 15, 2026 | 6:02 PM

Jualan rumah privet baharu naik hampir seganda pada Sept

Pemaju hartanah di Singapura telah menjual 296 rumah privet baharu pada September, iaitu hampir seganda berbanding 153 unit yang dijual pada Ogos dan 16.1 peratus lebih tinggi daripada 255 unit yang dijual pada September 2025, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 15 Oktober.

Pemaju hartanah melancarkan 158 unit tidak termasuk kondominium eksekutif (EC) pada September,...

Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Encik Jackson Lam (kiri), telah turun padang di Kelab Masyarakat Nee Soon East pada 15 Oktober untuk membantu proses pengambilan pelitup bagi rakyat yang layak seperti Cik Sutedjowatie Soedarto, 66 tahun (kanan).
SingapuraOct 15, 2026 | 5:58 PM

Warga S’pura beratur ambil pelitup N95 tangani jerebu

Sejak keadaan jerebu yang kian memburuk, Encik Mohd Sahir Samsuri, 78 tahun yang menghidapi masalah jantung tersumbat, adakalanya mengalami kesukaran bernafas.

Justeru, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) yang sudah mencecah lebih 200, iaitu tahap ‘sangat tidak sihat’, pelitup N95 menjadi satu keperluan penting buat Encik Sahir.

pementoran belia
SingapuraOct 15, 2026 | 5:55 PM

Program pementoran belia Kelab Mendaki tarik lebih 1,000 individu sejak 2021

Lebih 1,000 pembimbing, menti atau individu yang diberi tunjuk ajar, dan sukarelawan yang menganjurkan kegiatan telah melibatkan diri di bawah Program Masyarakat Peer anjuran Kelab Mendaki (MClub) sejak program itu dirasmikan pada Februari 2021.

Program itu bertujuan menyemai nilai positif dalam belia yang dipanggil menti, seperti keyakinan, kecekapan, masyarakat, perwatakan dan perhubungan melalui pelbagai rangkaian kegiatan.

aplikasi pembelajaran Bahasa Melayu, Kancil app, pembelajaran interaktif
Mata-mataOct 15, 2026 | 5:54 PM

Anak 10 tahun jadi ‘bos’, bantu bapa bangun aplikasi belajar bahasa Melayu

Apabila Encik Razil Zulkarnain Taha menyedari anaknya yang berusia 10 tahun, Muhammad Ihsan Razil, menghadapi kesukaran dalam pembelajaran bahasa Melayu, jurutera persisiran itu mereka Kancil.

Kancil merupakan sebuah aplikasi pembelajaran bahasa Melayu berasaskan permainan yang direka untuk menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan bagi murid sekolah rendah tanpa bergantung pada buku teks dan lembaran kerja sepenuhnya.

Daripada 24 juta hektar tanah gambut di Indonesia, sebanyak 16 juta hektar mudah terbakar akibat kerosakan ekosistem.
DuniaOct 15, 2026 | 5:51 PM

Indonesia salahkan kerosakan tanah gambut sebabkan kebakaran hutan terburuk dalam 11 tahun

JAKARTA: Indonesia menyalahkan kerosakan tanah gambut akibat projek pembangunan kawasan pertanian makanan terdahulu sebagai punca musim kebakaran hutan terburuk dalam tempoh 11 tahun.

Seorang pegawai kanan pada 15 Oktober berkata pemerintah akan berusaha memulihkan ekosistem tanah gambut susulan krisis kebakaran itu, yang menyebabkan jerebu tebal terus menyelubungi bandar di negara itu dan merebak ke negara-negara jiran.

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video

Bahasa Melayu cerminkan nilai-nilai budaya Melayu
Play Video

Goreng Pisang atau Pisang Goreng?
Play Video

16 Jemaah Pekak & Bisu Berangkat Tunai Umrah
Play Video