LEBIH ramai golongan muda ditangkap berkaitan penipuan e-dagang walaupun berdepan dengan hukuman berat, termasuk hukuman penjara sehingga 10 tahun. Majoriti penipuan itu, yang menyebabkan mangsa kehilangan $8.3 juta dalam enam bulan pertama 2022, melibatkan mereka yang menyiarkan produk untuk dijual namun tidak menghantar barangan itu. Perangkaan polis bagi penipuan e-dagang menunjukkan bahawa hampir 60 peratus mereka yang ditangkap kerana peranan...





