PASUKAN Singa meneruskan langkah kemenangan mereka dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 dengan menewaskan Laos 2-0 malam tadi.
Gol hasil sumbangan pemain bek tengah Irfan Fandi pada minit ke-32 dan penyerang Shawal Anuar dalam waktu tambahan separuh masa kedua di Stadium Nasional Baru Laos cukup bagi memberikan jurulatih Singa, Takayuki Nishigaya, kemenangan kedua berturut-turutnya dalam kempen Piala AFF...





