Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gol Irfan, Shawal bantu Singa jinakkan Laos

Dec 28, 2022 | 5:30 AM
TAJAM DI DEPAN GOL: Irfan meraikan golnya dalam kemenangan Singapura ke atas Laos di Stadium Nasional Baru Laos di Vientiane malam tadi. - Foto FAS
TAJAM DI DEPAN GOL: Irfan meraikan golnya dalam kemenangan Singapura ke atas Laos di Stadium Nasional Baru Laos di Vientiane malam tadi. - Foto FAS -

PASUKAN Singa meneruskan langkah kemenangan mereka dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 dengan menewaskan Laos 2-0 malam tadi.

Gol hasil sumbangan pemain bek tengah Irfan Fandi pada minit ke-32 dan penyerang Shawal Anuar dalam waktu tambahan separuh masa kedua di Stadium Nasional Baru Laos cukup bagi memberikan jurulatih Singa, Takayuki Nishigaya, kemenangan kedua berturut-turutnya dalam kempen Piala AFF kali ini.

Sabtu lalu, Singapura menang tipis 3-2 ke atas Myanmar di laman sendiri, Stadium Jalan Besar.

Sehingga akhbar ini dicetak, Singapura menduduki tangga kedua dengan enam mata dalam Kumpulan B yang menampilkan lima pasukan, sebelum perlawanan antara Vietnam dengan Malaysia lewat malam tadi.

Ujian lebih besar menanti Singapura apabila berdepan dengan Vietnam di Stadium Jalan Besar pada Sabtu ini, sebelum menamatkan saingan mereka dalam Kumpulan B menentang 'musuh tradisi' Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan.

Hanya dua pasukan terbaik kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Singapura dalam edisi Piala AFF 2020, yang ditunda kepada tahun lalu akibat pandemik, berjaya mara ke separuh akhir namun tewas kepada Indonesia 3-5.

Keputusan itu merupakan pertama kali pasukan Singa melepasi pusingan kumpulan sejak kali terakhir bergelar juara kejohanan pada 2012.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg