Singapura mempunyai bekalan pelitup N95 yang mencukupi dalam simpanan stoknya, dengan sekitar sejuta pelitup sudah diedarkan kepada peruncit, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 17 Oktober.
Sedang ada kedai kini kehabisan stok, pemerintah sedang bekerjasama dengan pihak peruncit untuk menghantar pelitup dari gedung ke kedai secepat mungkin.





