Singapura dan Qatar telah bersetuju untuk berusaha ke arah meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara ke peringkat Perkongsian Strategik, sekali gus menjadikan Qatar rakan strategik kedua Singapura di rantau Timur Tengah.
Persetujuan ini dicapai semasa Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Amir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani, mempengerusikan bersama Mesyuarat Kesembilan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi Qatar-Singapura (HLJC) di...





