CIANJUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berjaya dikeluarkan dari runtuhan gempa bumi selepas terperangkap dua hari di bawah serpihan tanpa makanan atau minuman.
Rakaman video yang dikeluarkan oleh pentadbiran daerah Bogor di Jawa Barat menunjukkan pekerja penyelamat menarik budak lelaki dikenali sebagai Azka dari runtuhan rumah yang musnah di daerah Cugenang yang paling teruk dilanda gempa.





