LONDON: Bintang Liverpool, Luis Diaz, dijangka tidak dapat beraksi sehingga Disember, selepas mengalami kecederaan pada lututnya semasa pasukannya tewas 2-3 kepada Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada hujung minggu lalu.
Diaz, 25 tahun, telah menjalani pemeriksaan doktor kelmarin dan diberitahu tidak memerlukan pembedahan, tetapi beliau tidak akan beraksi bagi Liverpool lagi sehingga selepas Piala Dunia.





