Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diaz cedera, dijangka hanya pulih selepas Piala Dunia

Oct 12, 2022 | 5:30 AM
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS -

LONDON: Bintang Liverpool, Luis Diaz, dijangka tidak dapat beraksi sehingga Disember, selepas mengalami kecederaan pada lututnya semasa pasukannya tewas 2-3 kepada Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada hujung minggu lalu.

Diaz, 25 tahun, telah menjalani pemeriksaan doktor kelmarin dan diberitahu tidak memerlukan pembedahan, tetapi beliau tidak akan beraksi bagi Liverpool lagi sehingga selepas Piala Dunia.

Liverpool dijangka beraksi dalam 10 perlawanan sebelum Piala Dunia bermula pada 13 November.

Diaz, yang dianggap antara pemain lebih baik dalam musim yang bermula dengan kekecewaan bagi Liverpool, terpaksa meninggalkan Stadium Emirates dengan lutut yang berbalut dan dengan menggunakan tongkat. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg