SINGAPURA tewas kepada Indonesia dalam perlawanan bola sepak wanita persahabatan tetapi cara pasukan negara bersaing dengan lawan yang menduduki ranking dunia lebih tinggi menunjukkan Singapura kini boleh bersaing di tahap tersebut, kata pemain nasional, Nur Farhanah Ruhaizat.
Singapura tewas tipis 1-2 kepada Indonesia di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin, dengan pasukan pelawat menjaringkan gol kedua dan kemenangan dalam masa kecederaan.





