Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK WANITA

Wanita S'pura aksi baik walau tewas kepada Indonesia

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA tewas kepada Indonesia dalam perlawanan bola sepak wanita persahabatan tetapi cara pasukan negara bersaing dengan lawan yang menduduki ranking dunia lebih tinggi menunjukkan Singapura kini boleh bersaing di tahap tersebut, kata pemain nasional, Nur Farhanah Ruhaizat.



Singapura tewas tipis 1-2 kepada Indonesia di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin, dengan pasukan pelawat menjaringkan gol kedua dan kemenangan dalam masa kecederaan.



Singapura menduduki ranking ke-133 di dunia - 32 tangga di bawah Indonesia yang berada di tangga ke-101.



Farhanah, yang menjaringkan gol tunggal negara, berkata:



"Pasukan Indonesia yang kami temui dalam perlawanan ini berbeza daripada pasukan yang kami temui semasa AFF. Namun, selepas beraksi menentang mereka, saya rasa kami kini berada di tahap yang setara dan kami tahu kami memiliki keupayaan untuk beraksi di tahap ini.



"Malah, kami berjuang dengan baik, tetapi nasib tidak menyebelahi kami."



Farhanah, yang hanya kembali beraksi pada bulan lalu selepas dibelenggu kecederaan selama beberapa bulan, menyertai perlawanan dalam separuh masa kedua, sedang Singapura ketinggalan satu gol.



Kehadirannya menyemarakkan barisan depan negara dan beliau menjaringkan gol penyamaan bagi Singapura.



Malangnya, gawang Singapura dibolosi oleh Indonesia dalam masa kecederaan.



Jurulatih Singapura, Stephen Ng, berkata pengalaman bermain dalam perlawanan sedemikian, menentang pasukan yang menduduk ranking lebih tinggi adalah penting untuk pembangunan pasukan nasional.



"Anda boleh lihat bagaimana pemain skuad nasional yang terdiri darpada pemain lebih berpengalaman dan pemain baru bekerjasama... kita harus terus membangun mereka demi masa depan bola sepak wanita," kata Ng.



Kali terakhir Singapura bertemu Indonesia adalah di Kejohanan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita pada Julai lalu.



Singapura menewaskan Indonesia - yang skuadnya terjejas akibat Covid-19 - 2-0 dalam perlawanan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >