KESEMUA 18,000 isi rumah di wad Cheng San-Seletar menerima pek penjagaan dari Anggota Parlimen, Cik Nadia Ahmad Samdin pada hujung minggu sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia kelmarin.
Selain makanan, pek tersebut mengandungi nota, senarai sumber kesihatan mental yang tersedia, dan seruan untuk mengenal pasti jiran yang memerlukan pertolongan dan memaklumkan kelab masyarakat akan kes sedemikian.





