GENEVA: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara-negara jiran Myanmar supaya berhenti daripada menghantar pulang secara paksa rakyat negara itu, dengan mengatakan "sejumlah besar orang" hidup menghadapi risiko.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR) berkata ia amat prihatin terhadap banyak laporan tentang pengusiran rakyat berkenaan - memaksa pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka itu pulang - sejak Februari...





