APLIKASI mesej popular, WhatsApp, tidak berfungsi selama lebih dua jam semalam(25 Okt), memaksa pengguna di Singapura dan di seluruh dunia untuk beralih kepada alternatif seperti Telegram. Gangguan itu menjejas lebih 20,000 pengguna di Singapura, menurut laman web penjejakan gangguan downdetector.com. Pengguna terjejas tidak dapat menghantar dan menerima mesej pada platform pemesejan milik syarikat Meta. Perkhidmatan kembali beroperasi sekitar 5 petang...





