latihan penceroboh bersenjata
SingapuraOct 23, 2026 | 3:47 PM

Latihan penceroboh bersenjata uji siapsiaga pelajar, staf Sekolah Menengah Bukit Batok

Seorang ‘pelawat’ bertukar bertindak ganas lalu mengeluarkan pisau selepas memasuki Sekolah Menengah Bukit Batok pada 22 Oktober.

Kejadian tersebut mencetuskan sekatan keselamatan di sekolah itu, memaksa pelajar dan kakitangan bergegas ke tempat selamat.

Kira-kira 275,000 golongan warga emas dan pekerja migran akan menerima satu set mengandungi 2 pelitup muka N95.
SingapuraOct 23, 2026 | 5:26 PM

Lebih 500,000 pelitup muka N95 diagih kepada golongan warga emas, pekerja migran menerusi usaha DBS bernilai $1 juta

Kira-kira 275,000 warga emas yang mudah terjejas dan pekerja migran akan menerima dua pelitup muka N95 setiap seorang menerusi usaha bantuan jerebu DBS bernilai $1 juta.

Bank itu juga akan menyediakan alat pembersih udara kepada agensi perkhidmatan sosial rakan kongsinya untuk diagihkan kepada warga emas, menurut bank itu pada 23 Oktober.

Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, Sarawak.
MalaysiaOct 23, 2026 | 5:19 PM

DUN Sarawak dibubar 26 Okt, beri laluan PRN-13

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini, bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13 (PRN13).

Pengumuman itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, pada 23 Oktober, selepas beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri.

Gegar Vaganza 13, Akademi Fantasia, juara AF, gegar vaganza fantasia
HiburanOct 23, 2026 | 5:14 PM

Gegar Vaganza 13 satukan juara Akademi Fantasia

Pernah mencipta sejarah sebagai juara pertandingan realiti terkenal Malaysia, Akademi Fantasia (AF), kini sembilan penyanyi bakal kembali menguji kehebatan masing-masing.

Buat julung-julung kalinya, Gegar Vaganza 13 (GV13) bakal menghimpunkan sembilan bekas juara AF, iaitu Vince Chong (AF1), 47 tahun; Zahid Baharuddin (AF2), 45 tahun; Mawi Ani (AF3), 45 tahun; Faizal Ramly (AF4), 42 tahun; Mila Jirin (AF5), 38 tahun; Stacy...

Trend inflasi bagi kategori Indeks Harga Pengguna (CPI) bercampur-campur pada September, dengan tiga daripada enam kategori mencatatkan penurunan.
SingapuraOct 23, 2026 | 4:58 PM

Inflasi S’pura turun sedikit pada September

Kenaikan harga pengguna mula perlahan pada September, dengan inflasi teras dan keseluruhan menurun sedikit, menurut data Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI) pada 23 Oktober.

Inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet, turun daripada 2.2 peratus pada Ogos kepada 2 peratus pada September, lebih rendah daripada anggaran median 2.3 peratus dalam tinjauan...

Konsep kaunter makanan panas baru, ‘Foodbar’, yang diperkenalkan 7-Eleven di 16 cawangannya di seluruh Singapura, menawarkan pelbagai hidangan termasuk nasi, pasta dan mi yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan, dengan harga bermula $4.50.
Gaya hidupOct 23, 2026 | 4:29 PM

7-Eleven lancar Foodbar di 16 cawangan, tawar hidangan panas serendah $4.50

Rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven memperkenalkan konsep kaunter makanan panas baru, Foodbar, di 16 cawangannya di seluruh Singapura.

Foodbar menawarkan pelbagai hidangan termasuk nasi, pasta dan mi yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan, dengan harga bermula $4.50.

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video