Perenang nasional Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei masing-masing didenda $10,000, $$2,800 dan $3,200 oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) kerana melanggar peraturan tatalaku. Juara Olimpik Schooling turut diberi amaran bersyarat selepas mereka bertiga sebelum ini mengaku mengambil dadah terlarang. Jurucakap SNOC berkata pada Isnin (31 Okt) bahawa jawatankuasa disiplinnya (DC) telah memuktamadkan penyiasatannya terhadap kemungkinan pelanggaran perjanjian...





