Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perenang Joseph Schooling, Amanda Lim, Teong Tzen Wei didenda SNOC kerana langgar peraturan kelakuan

Oct 31, 2022 | 9:46 PM
(Dari kiri): Perenang Amanda Lim, Joseph Schooling dan Teong Tzen Wei.
(Dari kiri): Perenang Amanda Lim, Joseph Schooling dan Teong Tzen Wei. - Foto fail

Perenang nasional Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei masing-masing didenda $10,000, $2,800 dan $3,200 oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) kerana melanggar peraturan tatalaku. Juara Olimpik Schooling turut diberi amaran bersyarat selepas mereka bertiga sebelum ini mengaku mengambil dadah terlarang. Jurucakap SNOC berkata pada Isnin (31 Okt) bahawa jawatankuasa disiplinnya (DC) telah memuktamadkan penyiasatannya terhadap kemungkinan pelanggaran perjanjian keanggotaan pasukan bagi Sukan SEA 2019 dan 2021, dan Sukan Komanwel 2022 oleh tiga perenang itu selepas menyemak bukti yang relevan dan mendengar daripada mereka secara peribadi. Sebagai tambahan kepada denda $10,000, Schooling, 27 tahun, akan tidak dibenarkan daripada pemilihan bagi semua pertandingan utama selama dua tahun sekiranya dia didapati oleh SNOC telah mengambil dadah yang dilarang oleh undang-undang Singapura atau melanggar mana-mana peraturan kod kelakuan SNOC pada masa depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg