NEW YORK: Rafael Nadal mengalami kekalahan paling awal di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam tahun kelmarin apabila beliau disingkirkan oleh Frances Tiafoe manakala Iga Swiatek menjadi pemain wanita Poland pertama mara ke suku akhir.
Juara empat kali Terbuka AS, Nadal yang memburu gelaran Grand Slam ke-23, tewas 6-4 4-6 6-4 6-3 kepada Tiafoe yang berada di ranking ke-26...





