Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AMERIKA SYARIKAT

Nadal tersingkir di pusingan keempat

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Rafael Nadal mengalami kekalahan paling awal di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam tahun kelmarin apabila beliau disingkirkan oleh Frances Tiafoe manakala Iga Swiatek menjadi pemain wanita Poland pertama mara ke suku akhir.



Juara empat kali Terbuka AS, Nadal yang memburu gelaran Grand Slam ke-23, tewas 6-4 4-6 6-4 6-3 kepada Tiafoe yang berada di ranking ke-26 dunia.



Pemain AS itu melakukan 18 servis ace untuk menundukkan Nadal - juara Terbuka Australia dan Perancis yang tewas dalam aksi Grand Slam pertamanya tahun ini.



Bagi Nadal, ia adalah kekalahan pertama Grand Slam pada 2022 selepas kesakitan di bahagian abdomen memaksanya untuk menarik diri di separuh akhir Wimbledon.



Kekalahan Nadal tiba sehari selepas pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Daniil Medvedev, disingkirkan oleh Nick Kyrgios di pusingan keempat.



"Saya tidak mampu memaksanya bermain di belakang (gelanggang). Tenis adalah sukan berkenaan posisi.



"Anda perlu pantas dan bertenaga... saya tidak lagi berada di tahap itu. Beliau beraksi lebih baik berbanding saya," kata Nadal.



Tiafoe, 24 tahun, akan bertemu Andrey Rublev, yang pernah ditewaskannya pada pusingan ketiga tahun lalu, untuk merebut tempat ke separuh akhir.



"Saya amat gembira. Beliau antara pemain terhebat sepanjang zaman dan saya bermain dengan cemerlang hari ini.



"Sesuatu yang istimewa berlaku hari ini. Pada awalnya saya belum cukup bersedia dari segi mental atau cukup matang untuk menyainginya.



"Saya telah menunjukkan peningkatan... saya mempunyai pasukan yang hebat di sekeliling saya," kata Tiafoe yang hanya pernah mara sekali ke suku akhir sebelum ini - di Grand Slam di Australia pada 2019.



Pilihan ketujuh, Rublev, menangkis cuaca buruk serta saingannya, Cameron Norrie, untuk mara ke suku akhir buat kali ketiga dengan kemenangan 6-4 6-4 6-4.



Di sidang media selepas perlawanannya, Nadal mengakui beliau tidak pasti bila beliau akan kembali beraksi.



"Saya perlu pulang... meneliti tahap prestasi saya... adalah penting untuk bersedia dari segi mental. Apabila saya rasa saya sudah bersedia untuk bertanding semula, saya akan kembali ke gelanggang," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >