SEDANG jumlah mereka yang terkorban dalam kemalangan jalan raya dalam enam bulan pertama tahun ini berkurangan, bilangan pejalan kaki warga senja yang meninggal dunia meningkat hampir seganda berbanding tahun lalu.
Antara Januari dengan Jun lalu, terdapat 45 orang yang terkorban dalam 44 kemalangan jalan raya, menurut laporan situasi trafik pertengahan tahun yang dikeluarkan polis hari ini (8 September).





