Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah korban kemalangan jalan raya berkurang 6 bulan pertama 2022

Sep 8, 2022 | 6:05 PM
NAHAS JALAN RAYA: Jumlah kematian pejalan kaki warga senja naik hampir seganda berbanding tahun lalu.
NAHAS JALAN RAYA: Jumlah kematian pejalan kaki warga senja naik hampir seganda berbanding tahun lalu. - Foto SHIN MIN DAILY NEWS

SEDANG jumlah mereka yang terkorban dalam kemalangan jalan raya dalam enam bulan pertama tahun ini berkurangan, bilangan pejalan kaki warga senja yang meninggal dunia meningkat hampir seganda berbanding tahun lalu.

Antara Januari dengan Jun lalu, terdapat 45 orang yang terkorban dalam 44 kemalangan jalan raya, menurut laporan situasi trafik pertengahan tahun yang dikeluarkan polis hari ini (8 September).

Angka ini kurang 13 kematian berbanding 58 kematian dalam 52 kemalangan dalam enam bulan pertama tahun lalu.

Sementara bilangan kemalangan trafik yang berkurangan dicatatkan dalam enam bulan pertama tahun ini, kematian yang melibatkan pejalan kaki warga senja meningkat daripada lima dalam enam bulan pertama tahun lalu kepada sembilan dalam tempoh yang sama tahun ini.

Polis berkata kemalangan melibatkan warga senja membentuk 81.8 peratus kematian pejalan kaki dalam enam bulan pertama tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg