LONDON: Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai Raja baru Britain oleh Majlis Pemasyhuran pada Sabtu (10 September) dalam upacara penuh adat istiadat, menyusuli kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II, Khamis lalu.
Majlis berkenaan, dalam acara yang kali pertama disiarkan di televisyen, memaparkan acara rasmi sejak berkurun lamanya bagi mengiktiraf kedaulatan Raja baru walau baginda secara automatik menggantikan mendiang ratu Elizabeth.





