PARA menteri dan Anggota Parlimen (AP) semalam memberi penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth sebelum permulaan sidang Parlimen.
Menyampaikan ucapan sebagai penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth bagi pihak Parlimen Singapura semalam, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, menarik perhatian hubungan mesra antara baginda dengan Singapura dan menyifatkan pemergiannya sebagai berakhirnya sebuah era.





