Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen beri hormat kepada mendiang Ratu Elizabeth

Sep 13, 2022 | 5:30 AM
- Foto MCI
- Foto MCI -

PARA menteri dan Anggota Parlimen (AP) semalam memberi penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth sebelum permulaan sidang Parlimen.

Menyampaikan ucapan sebagai penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth bagi pihak Parlimen Singapura semalam, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, menarik perhatian hubungan mesra antara baginda dengan Singapura dan menyifatkan pemergiannya sebagai berakhirnya sebuah era.

Parlimen di serata dunia telah memberi penghormatan buat mendiang Ratu Elizabeth yang meninggal dunia Khamis lalu, selepas bertakhta selama 70 tahun.

Cik Indranee berkata mendiang bukan sahaja Ratu Britain tetapi juga Ketua Komanwel, yang merupakan sebuah keluarga 56 negara dari serata dunia, dengan Singapura merupakan antara anggotanya.

Bagi pihak Dewan, beliau juga mengucapkan takziah kepada Raja Charles III serta keluarga Diraja dan rakyat Britain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg