LONDON: Acara penghormatan bagi Ratu Elizabeth II diadakan di Liverpool (atas) dan Tottenham Hotspur dan di 30 perlawanan Liga Bola Sepak England (EFL) di serata negara itu kelmarin, apabila perlawanan bola sepak dimulakan semula.
Semua perlawanan bola sepak di England, Wales, Ireland Utara dan Scotland ditangguh selepas Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun pada minggu lalu.





