Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA - JUARA

Penghormatan bagi Ratu Elizabeth

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Acara penghormatan bagi Ratu Elizabeth II diadakan di Liverpool (atas) dan Tottenham Hotspur dan di 30 perlawanan Liga Bola Sepak England (EFL) di serata negara itu kelmarin, apabila perlawanan bola sepak dimulakan semula.



Semua perlawanan bola sepak di England, Wales, Ireland Utara dan Scotland ditangguh selepas Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun pada minggu lalu.



Dalam laporannya, BBC berkata lagu kebangsaan dimainkan di hampir semua perlawanan (EFL).



Keadaan yang serupa diadakan bagi perlawanan Liga Juara-Juara di Anfield - antara Liverpool dengan Ajax - dan di Stadium London, antara Tottenham Hotspur dengan Sporting Lisbon.



Sebelum perlawanan itu, ada beberapa media di Britain yang berkata acara bertafakur itu akan diganggu oleh penyokong yang enggan bersenyap semasa acara penghormatan diadakan.



Namun, gangguan yang dikhuatiri itu tidak berlaku. Di Liverpool tempoh bertafakur berjaya diadakan selama 30 saat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >