JOHOR BAHRU: Semua sekolah di Johor dijadualkan kembali beroperasi sepenuhnya pada 28 Oktober, tertakluk kepada perkembangan kualiti udara, manakala kehadiran pada 26 dan 27 Oktober dihadkan kepada murid yang perlu menduduki peperiksaan.
Ketetapan terbaru itu memperincikan pengumuman kerajaan negeri pada 24 Oktober yang sebelum ini menyatakan semua institusi pendidikan akan beroperasi semula mulai 26 Oktober.





