LONDON: Croatia dan Belanda menempah tempat ke separuh akhir Liga Negara-Negara Uefa manakala juara bertahan, Perancis, terselamat daripada tercicir ke Liga B musim depan.
Les Bleus tewas 0-2 di Denmark untuk menamatkan kempen dengan hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan peringkat kumpulan, tetapi kemenangan 3-1 Croatia di Austria menyelamatkan juara dunia itu daripada tercicir.





