MERENTASI sempadan ke Malaysia kini semakin kerap dilakukan warga Singapura, tetapi masalah kemudahan mendapatkan dan menambah nilai kad membayar tol Touch 'n Go nampaknya menjadi keprihatinan pemandu ke sana.
Sejak sempadan dibuka semula, kad nilai tersimpan Touch 'n Go sukar dibeli dan ada "orang tertentu" yang mengambil kesempatan mengenakan 'bayaran tambahan' untuk mendapatkannya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan...





